Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Bahan SasteraPantun Nasihat
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci
Papan Cerita/langkah-langkah pengajaran:
- guru meminta pelajar membaca pantun secara beramai-ramai.
- pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan akan diberi serangkap pantun.
- pelajar diminta mendeklamasikan pantun dihadapan kelas secara berkumpulan.
- pelajar diminta mencari makna dan menerangkan maksud pantun yang telah diberi dalam kumpulan.
- penerangan mengenai pantun ditulis dalam kertas mahjung dan dibentangkan dihadapan kelas.
Bahan Tatabahasa
Papan Cerita/langkah-langkah pengajaran:
- guru menayangkan video mengenai kata nama yang bertemakan buah-buahan.
- pelajar diminta menyebut semula nama buah yang terdapat dalam video tersebut.
- guru memilih murid secara rawak untuk menulis nama buah yang terdapat dalam video tersebut.
- murid diminta memberi 5 contoh kata nama am selain buah-buahan.
- murid diminta membina ayat melalui 5 contoh kata nama am yang telah mereka beri.
Bahan Bidang Ilmu Lain
Bidang ilmu lain yang telah dipilih ialah ilmu Kajian Tempatan. Berikut merupakan teks mengenai Kepentingan Memelihara Alam Sekitar.
Kepentingan Memelihara Alam Sekitar
Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.
Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan suber makanan.
Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.
Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.
Papan Cerita/langkah-langkah pengajaran:
- guru mengagihkan teks "Kepentingan Memelihara Alam Sekitar".
- pelajar diminta membaca teks secara beramai-ramai.
- pelajar diminta membaca seorang setiap perenggan di hadapan rakan sekelas.
- guru memberi peluang kepada pelajar bertanya mengenai perkataan yang mereka tidak tahu yang terdapat dalam teks yang diberi.
- pelajar diagihkan dalam 3 kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam teks dan memindahkannya dalam kad manila dengan menggunakan peta minda mengikut kreativiti setiap kumpulan.
- setiap kumpulan akan membentang hasil kerja kumpulan masing.
- setiap pelajar diminta merujuk kepada teks yang diberi untuk menghasilkan karangan yang bertajuk "Kesan tidak Menjaga Alam Sekitar" dalam buku tulis masing-masing.